Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Thursday, 10 November 2011

Jeles!

Sana sini semua sekarang tengah musim konvo kan? Tahu tak saya ada perasaan sangat cemburu tengok mereka2 itu dah grad dan sudah konvo. Saya cemburu tengok mereka sudah memakai jubah itu, topi itu dan berjalan di atas pentas sambil menggenggam skrol itu. Cemburu sangattttt~!! Tapi nak buat macam mana. Belum ada rezeki lagi nak merasa. Sabar saje laaa...

Ada orang kata, zaman jadi student adalah zaman yang paling best dan paling indah.
Tapi yang masih student pulak kata tak sabar nak kerja, dah tanak menghadap exam dan lecturer yang kadang2 menjengkelkan. Cemana ni?! Timbul rasa serba-salah dan takut pulak.

Tapi... Kalau tak habis belajar, cemana nak dapat kerja best2 kan? Kalau tak kerja yang best2, cemana nak dapat gaji yang lumayan? Kalau tak dapat gaji lumayan, cemana nak tunaikan hajat dan impian sendiri kan? Semua tu bersangkut-paut. Bab kahwin, tangguh dulu. Hihikssss~ :p 



## Bosan la blog ni kan? Takde gambar langsung. Siapa empunya blog pun xde siapa kenal. Kan? hehe~

Thursday, 22 September 2011

Salah ke kerja kilang?

Sebuah situasi. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah situasi ini.

Gadis A : Eh, boyfriend kau tu kerja apa? 
Gadis B : Kerja kilang XYZ tu.. 
Gadis A : Owh.. mesti kerja operator atau jaga mesin je kan? 
Gadis B : Tak la. Dia la owner kilang tu.. 
Gadis A : (terdiam terkelu sambil buat muka kelat)

Anda pernah lalui situasi ini? Atau anda pernah terkena situasi ini?
Kepada saudara/saudari yg selalu menjadi 'Gadis A' tu, buangkanlah tabiat anda yg suka memandang rendah kepada orang lain tu. Buruk benar tabiat tu. Jangan sampai tabiat tu memakan diri anda nanti.

Ape dosanya kalau kerja di kilang sekalipun? Asalkan rezeki halal, sudah la.

Kalau anda ada kenalan yang anda bangga-banggakan kerana bekerja di syarikat besar dan gah, tapi tak pernah mahu jemput anda datang ke pejabatnya ataupun menjemput ke majlis2 anjuran syarikat mereka, berhati-hatilah. Mungkin mereka tu pun bukannya berjawatan tinggi. Entah2 cleaner je! Dunia ni kan penuh dengan tipu muslihat semata-mata..

Wednesday, 22 June 2011

Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin

Oleh : Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

Petua ataupun 'guideline' ni macam bagus dan berguna jugak! Usaha pengurusan kewangan untuk yang dah merancang untuk berkahwin. Apakata korang2 yang dah merancang2 tu cuba2 tips ni, mana la tau kot2 menjadi? Takde la nanti botak kepala fikir nak bayar hutang lepas majlis kawen pulak! :p  


Tips :

1. Simpan RM250.00 setiap bulan atau lebih

2. Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.

  • Contoh: (RM250 x 36 bulan = RM9,000)


Jika Tidak Mencukupi:

Kongsi dengan bakal isteri. Setiap orang simpan RM250.00 setiap bulan.

(RM250.00 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)



Jika Masih Tidak Mencukupi:

Gandakan nilai simpanan anda berdua: RM 500.00 setiap bulan x 2 orang

(RM500.00 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000)



CARA BAJET:

a) RM10,000 : Kenduri belah perempuan (Bajet Ekonomi)

b) RM19,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Ekonomi)

c) RM40,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Sederhana Tinggi)


Wooo~ kalau awal2 dah asingkan duit siap2 untuk majlis kawen, memang tak payah susah hati la fikir duit nak korek kat mana. Betul tak? Once Aku dah kerja nanti, harus la kena menyimpan. Buka akaun bank khas utk simpan duit utk majlis kawen je. Hahahaha~ gigih! :p 

Saturday, 18 June 2011

You will never know this...

My Dear R,

Happy Birthday!! 
Kamu tahu tak saya sayang kamu? I love U soooooooooo much!!
Saya tak kesah la orang kata kamu diva ke, superstar ke, princess ke, whateverpun, I DON'T CARE! 
Kamu tetap akan jadi kawan dan adik Saya sampai bila2. Terima kasih sebab selalu ada waktu susah senang Saya. Terima kasih kerana sentiasa tahan dengan karenah dan perangai Saya yang selalu menggila. Terima kasih kerana berada bersama Saya di waktu saya jatuh tersungkur dan berada dalam kepayahan untuk bangkit semula. Tanpa Kamu, Saya tak mungkin akan bangkit semula dengan semangat dan personaliti baru seperti sekarang ini. Mungkin juga kita dah tak dapat jumpa lagi.

The ONLY reason why I'm alive now is because of your magical words of advices. 

Terima kasih untuk semuanya. I Love You Sis!

Friday, 29 April 2011

Alahai printer~

Malam semalam, Khamis mlm Jumaat. Malam kemuncak.

Hahaha~ Ohoiii! Apa korang fikir weih?! Sebab Aku highlight bold macam tu, korang terus fikir lain eh? Aku cuma nak cakap malam semalam, Khamis malam Jumaat adalah malam kemuncak satu program 3 hari yang di adakan dalam kampus Aku. Jadinya, persembahan untuk malam kemuncak adalah persembahan teater dari kumpulan teater jemputan dari IPT lain. Awesome woahhhh~!!! Gian Aku nak tengok teater akhirnya terubat juga la walaupun pelakon2 teater tu bukan la artis2 femes n glemer pun.

Selepas majlis berakhir, di pintu keluar, setiap tetamu yg datang diberi bungkusan berisi air kotak dan sebungkus roti cream roll 'namposen' yang ada inti krim macam2 perisa tu. Aku suke! Tapi yang tak berapa best tu sebab Aku dapat roti perisa strawberry. Tak perasan pada mulanya. Dah sampai rumah baru nampak. Dapat2 je Aku terus sumbat dalam beg. Malas nak berpegang2. Walaupun Aku suke makan buah strawberry dan perisa strawberi, tapi kalau untuk roti macam ni, Aku lebih suka perisa coklat atau jagung.Sebab apa? Sebab kalau roti2 roll macam ni, intinya memang krim dan tak akan selalu jumpa yg jeis macam jem tu. Kalau jem strawberry, Aku boleh telan. Kalau krim strawberry, mahap leww~

Overall, teater tu menginsafkan. Berkenaan dengan keinsafan dan kecintaan seorang hamba Allah terhadap Penciptanya Yang Satu dan Nabinya. Persembahan teater tu sahaja yang menghiburkan. 2 pengacara yang membuka majlis pulak seakan2 macam bercakap sendiri, buat lawak yang hanya mereka sahaja fahami, kemudian mereka jugalah yang ketawa sendiri. Kami yang duduk kat bawah, ternganga.

Sampai di rumah, makan, tido. Sedar2 dah pkol 2.++ am. Terus bangun, cuci muka, menghadap lappy. Konon nak study. Tapi baru teringat yang dah agak banyak notes yang masih belum di print. Fuhhhh!! Dah lama tak buat kerja print-memerint nih. Printer pun dah berhabuk. Bila nak start print je, tibe2 la pulak ink kering. Nasiib baik ade penyelamat dalam simpanan. Aku inject sket ink dalam katrij, dan katrij tu pun bagi hadiah best kepada Aku yang comel ini sebagai tanda terima kasih sebab dah bagi dia minum sejak sekian lama..

Dekat atas meja tu sebenarnya comot, ink menitis dari katrij. Period agaknye. Bocor!
Tp sempat lap dulu takut hitam tu melekat tak boleh hilang. 


Hah, tengok la tangan Aku. Dah macam orang kerja kat bengkel. 


Kertas berjalur ni Aku guna utk print set soalan exam tahun2 lepas.
Print kecik2 asal bole baca je dah la. Jawab atas kertas lain jugak! 


Kertas putih suci bersih ni Aku guna untuk print notes dari Lecturer. 


Tengok la berapa tebal notes dan set soalan exam tahun2 lepas yang Aku dah print.
Kalau tak lulus jugak sem ni, Aku pun x tau la nak cakap apa. Harap2 lulus. AMIN....

Habis kerja print-memerint, kebetul terus azan Subuh. Solat sekejap. Lepas tu terus terasa macam nak membebel2 nak show off apa yang Aku baru lepas buat. Maka terhasillah entry merapu di blog ni hari ini. Semoga korang tak hangin la baca entri ni. (Eh, ada reader ke blog nih? Macam tak ada je. Chatbox pun sunyi. Haha~)

Jumpe lagi esok lusa tulat langkat kalau ada jodoh dan panjang umur. :)

Wednesday, 6 April 2011

Keinginan hati secara mendadak

Aku tak tahu apa moood Aku alami malam tadi. Menangis tak tentu pasal. Bak kata orang Jawa, 'gembeng' @ 'kememeh'. Mungkin sebab Aku dah terlepas cakap sesuatu yang sepatutnya Aku simpan dan tunggu masa sesuai untuk beritahu pada seseorang tu kot?

Sebab tu pernah ada kata2 hikmat yang berbunyi "orang yang bijak pandai lebih banyak berdiam diri dari bercakap2 dan mempamer kelemahan diri." Jadinya, kelemahan aku terbukti di situ, banyak bercakap. Tapi Aku bukan bercakap, tapi menaip. Aku dah terlepas TERtekan tab 'enter' kat keyboard lappy nih. So, rasalah. Walaupun orang tu tak tanya lebih2, tapi Aku tau, Dia dah dapat hint perkara yang sepatutnya Aku rahsiakan.

Satu perkara Aku tak dapat lupa, sms yang Aku beri, dan sms yang Aku terima.

Aku : Teringin nk pergi umrah. Tp takut x diterima pijak bumi sana. Banyak sgt dosa, takut x terampun.

Dia : Rasa teringin tu pun 'Dia' yg bagi... terima @ tak 'Dia' gk yg tentukan. InsyaAllah... Ada jalannya.. :)

Habis je baca ayat dia, berhambur air mata aku merembes. Korang pernah rasa macam yang Aku rasa tak? Aku pun tak tahu, cemana tah Aku boleh rasa teringin sangat2 nk pergi ke Mekah tu. Perasaan tu tiba2 je datang. Aku harap, panjang umur, murah rezeki, dapat la Aku pergi ke sana. Lebih menggembirakan kalau Aku dapat pergi dengan Dia, orang yang dah banyak mengubah Aku kepada Aku yang sekarang ni, setelah Halal, kerana Dia-lah yang Aku impikan untuk jadi Imam dan ketua keluarga Aku kelak.

Insya Allah.. Please pray for me..

Tuesday, 5 April 2011

Aku Superwoman



Seorang kenalan telah menujukan lagu ni kepada Aku. Mungkin untuk menaikkan semangat dan membina keyakinan diri Aku yang tak seberapa ni. Terima kasih. Itu je yang mampu Aku ucapkan. Kerana Dia, Aku telah banyak berubah. Aku dapat rasakan perubahan ni lebih kepada yang lebih positif. Alhamdulillah. Semoga ini semua berterusan.

Sunday, 27 March 2011

Mawar dan Melati

MAWAR


Mawar Pertama:
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua :
Kasihanilah orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga :
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan keampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat :
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima :
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada sesiapa pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam :
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilemparkan batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh :
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapakah kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan :
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan. Insya ALlah.

Mawar Kesembilan :
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah denganmu.

Mawar Kesepuluh :
Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dengan teratur merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.



MELATI

Melati Pertama :
Jadilah seperti lebah, ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar.

Melati Kedua :
Jangan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka.

Melati Ketiga :
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati Keempat :
Api kedengkian dan hasad selalu membakar tubuh dan sikap yang terlalu cemburu itu ia ibarat api yang membara.

Melati Kelima :
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok, bukan menjadi milik anda.

Melati Keenam :
Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru-hara dan persengketaan.

Melati Ketujuh :
Bertingkah-lakulah dengan akhlakmu yang lebih indan dan cantik dari sebuah taman.

Melati Kelapan :
Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia.

Melati Kesembilan :
Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati dan biarkan yang memusuhi terlupa.

Melati Kesepuluh :
Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan dan hukuman.



Sumber :
Jangan Bersedih - Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia.

Saturday, 26 March 2011

Beza Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta -
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang -
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita juga boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka -
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita.)


Minat -
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan.)



Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan membuatkan kita CINTA pada seseorang itu..